Sunday, 2 September 2012

Pergerakan bayi dalam kandungan

Pergerakan bayi dalam kandungan




Pergerakan bayi dalam kandungan mungkin dirasai oleh wanita hamil seawal trimester pertama atau minggu-minggu akhir kehamilan.  Ada yang bergerak aktif, sehinggakan anda terpaksa berehat kerana rasa senak pada perut disebabkan pergerakannya. Dan ada yang kurang pergerakan, bila kita cuit tempat-tempat tertentu baru si bayi bergerak.  

Kebiasaannya bila bayi telah mula bergerak, si ibu akan merasa seperti ada pergerakan angin dalam perut.  Kadang-kadang boleh keliru sama ada angin atau bayi yang bergerak.  Mungkin ibu akan merasainya seawal bulan ke-4.  Pada masa ini ruang untuk bayi masih lagi luas. Pada akhir kehamilan, ruang menjadi semakin sempit membuatkan tempat pergerakannya terhad. 

Bagi nor pula, pada kehamilan pertama pergerakan bayi seperti angin dapat nor rasa pada bulan ke-6.  Masa tu memang ingat angin bergerak dalam perut.  Pada akhir kehamilan, bayi akan bergerak bila nor cuit :). 

Untuk kehamilan ke dua, nor perasan pergerakan bayi pada bulan ke-6 juga.  Tetapi bukan sekadar angin, memang terasa pergerakan dan kadang-kadang nampak seperti perut senget sebelah :).  Nampak pergerakan pada perut, disebabkan pergerakan bayi yang kerap nor kadang-kadang berasa senak pada perut.  Kadang-kadang perut mengeras.  

Setiap bayi berbeza, tetapi jika si ibu perasan pergerakan memang tiada pada akhir kehamilan iaitu pada bulan ke-8 ke atas, jumpalah doktor untuk memeriksa keadaan bayi.  Jika masih peringkat awal, bagi nor perjumpaan rutin setiap bulan sudah mencukupi untuk memeriksa keadaan bayi. 

    Panduan Ibu Mengandung

  1. Tanda-tanda Hamil
  2. Pertumbuhan bayi di dalam kandungan dari minggu pertama sehingga kelahiran
  3. Video perkembangan bayi dari hari pertama sehingga saat kelahiran
  4. Gambar wanita mengandung dari awal hingga akhir kehamilan
  5. Mini Direktori - Kedai Online Baju Ibu Mengandung
  6. Playlist Surah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung (Hamil) bacaan oleh Mishary Rashid Alafasy
  7. Video playlist muzik untuk ibu mengandung
  8. Pemakanan Ibu Mengandung
  9. Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)
  10. Makan buah jambu batu untuk mengatasi rasa mual semasa mengandung
  11. Kelebihan Wanita Mengandung Yang Mual di Pagi Hari (Morning sickness)
  12. 10 Cara mengurangkan batuk ketika mengandung (hamil)
  13. Anemia semasa mengandung
  14. Sebab perut mengeras semasa mengandung (hamil) dan cara menanganinya
  15. Pergerakan bayi dalam kandungan
  16. Senaman mudah untuk wanita mengandung
  17. Panduan tidur untuk wanita mengandung
  18. Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung (hamil)
  19. Pengalaman menyusu semasa mengandung
  20. Persediaan ibu semasa mengandung untuk mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir
  21. Jantina bayi lelaki dan perempuan mengikut teori Ibnu Sina
  22. Menentukan tarikh kelahiran bayi pada tarikh-tarikh tertentu
  23. 12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing
  24. Urutan Perineum untuk memudahkan proses bersalin dan mengelak episiotomi(jahitan selepas bersalin)
  25. Berjalan, hubungan kelamin dan makanan pedas kaedah popular untuk mendorong proses bersalin bermula
  26. 10 Mutiara Kata Untuk Bakal Ibu
  27. Keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum melahirkan anak
  28. 10 Tanda-tanda Bersalin
  29. 10 Cara mudah bersalin normal 
  30. Pengalaman Bersalin Kali Pertama



No comments:

Post a Comment